loading...

Jurutera Petronas Ditahan Kerana Hina PM

KUALA LUMPUR – Seorang jurutera Petronas yang sebelum ini menghina Perdana Menteri, Datuk Seri najib Tun Razak dengan memuatnaik komen bersifat jelik telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

 

Menurut kenyataan SKMM yang disiarkan di laman Facebook agensi itu, jurutera berumur 26 tahun itu ditahan hasil kerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

 

Jurutera terbabit yang dikenali sebagai Jalil Ismail itu sebelum ini telah menulis surat permohonan maaf yang turut disiarkan melalui Facebook miliknya.

 

“Saya mengaku bahawasanya saya telah melakukan kesalahan dengan mengeluarkan kata-kata tidak elok kepada Datuk Seri pada ‘posting’tersebut.

 

“Saya akui saya sangat beremosi ketika membaca ‘posting’ tersebut ditambah dengan suasana kerja yang agak menekan di luar persisir pantai ketika itu,” katanya dipetik dari surat tersebut.

 

Berita penahanan jurutera terbabit mengundang pelbagai reaksi dari ramai pengguna dan warga media sosial (netizens).

 

“Surat mintak maaf tak jalan,” ulas Razeef Hj Ramli mengulas surat permohonan maaf Jalil Ismail sebelum ini.

 

“PM maafkan sudah pasti, tapi proses undang-undang tetap perlu berjalan juga,” jelas Abdul Rahman Abdul Kadir.

 

Sementara Azizul Hadi pula menasihatkan warga media sosial supaya mengambil iktibar dari penahanan tersebut.

 

“Itu laa, lain kali sebelum nak buat sesuatu, fikir dulu dan fikir pun jangan setakat guna otak, sebab lembu pun ada otak. (Tapi) guna akal,” ujarnya.

 

Terdahulu, jurutera terbabit juga pernah memuatnaik komen yang disifatkan kurang ajar dan menghina dengan mempertikaikan titah Sultan Johor berkaitan aktiviti dakwah oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

 

“Hahaha…terasa la tu…. “ketua agama” kononnya nak berdakwah kena ikut jabatan, orang macam ini pun masih ramai lagi yang taksub… huhu,” tulisnya merujuk kepada titah Sultan Johor kepada JKR Batu Pahat. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...