Baru-baru ini pasangan bahagia, Zahiril Adzim dan Shera Aiyob baru sahaja selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah bersama dengan anak mereka, Nadi Anaqi. Namun, beliau akui membawa anak kecil bersama mereka merupakan satu pengalaman yang mencabar fizikal dan mental memandangkan fizikal badan pasangan ini yang kecil.
BACA: Zahiril Adzim Bosan Berlakon, Mahu Jadi Pengarah
“Pertama kali bawa Anaqi satu cabaran juga untuk saya dan isteri memandangkan ada waktu saya kena dukung Anaqi, terutamanya sewaktu tawaf. Waktu Saie juga Anaqi sudah tidur, dan sekali lagi saya dan Shera bergilir dukung Anaqi. Memandangkan fizikal kami berdua agak kecil orangnya, berpeluh-peluh dan sakit pinggang juga tapi alhamdulillah bila melihat wajah Anaqi ceria di sana terubat sakit kami”
“Kami panjat gua hiraq yang sangat tinggi, bawa Anaqi juga. Dukung dia sampai atas, memang mencabar sangat. Tapi sebab hajat kami nak bawak dia masuk gua hiraq, alhamdulillah sampai juga kami bertiga dan dapat duduk di dalam gua hiraq sekeluarga untuk beberapa ketika,” katanya kepada Media Hiburan.
Selain itu, Zahiril juga berkongsi pengalaman bertuah mereka sewaktu membawa Anaqi menziarahi makam Rasulullah di Madinah, dimana selepas sahaja Anaqi menyampaikan salam kepada Rasulullah, telatahnya yang aktif itu tiba-tiba bertukar menjadi senyap dan terus lena dibahu bapanya. (rkty/w)