Aktres jelita Maya Karin mendedahkan seorang lelaki dengan berani datang ke rumahnya dan terus menyatakan hasrat mahu melamar dirinya.
Laporan mStar online menyebut, ketika kunjungan lelaki tersebut, Maya sedang berada di Jerman.
Lelaki berkenaan telah berjumpa dengan ibu Maya dan memerikan hadiah sebentuk cincin lamaran. Lebih menakutkan, Maya langsung tidak mengenali lelaki tersebut.
“Saat diberitahu ibu ada lelaki datang memberi hadiah sebentuk cincin untuk melamar, bulu roma saya terus meremang. Yalah, saya sifatkan lelaki itu seorang yang pelik dan berani kerana terus berjumpa dengan ibu saya, namun saya langsung tidak mengenalinya.
“Apa yang boleh saya katakan, mengabaikannya adalah tindakan paling wajar harus saya buat kerana saya langsung tidak mengenali tuan empunya diri dan bimbang akan mendatang ancaman bahaya pada diri saya kelak,” kongsinya.
Cincin tersebut kini berada dalam simpanan ibu pelakon tersebut. Dalam masa yang sama, pelakon ini juga menjelaskan bahawa kini dia selesa dengan seorang jejaka ketika dia bercuti.
“Saya senang katakan yang kami berkawan. Setidak-tidaknya saya tahu dia terima diri saya seadanya tanpa mengetahui siapa diri saya di Malaysia,” katanya.