PETRA JAYA – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, akan mengadakan sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia jam 2 petang ini.
Ditanya mengenainya, Adenan yang ditemui di luar kediaman Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, di Demak Jaya di sini, memberi bayangan mengenai kemungkinan
pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
“Saya rasa anda tahu apa yang akan saya katakan pada sidang media itu nanti,” katanya.
Beliau meninggalkan kediaman Abdul Taib pada jam 11 pagi dan terus ke Wisma Bapa Malaysia untuk mempengerusikan Mesyuarat Kabinet negeri. – BHarian

Subjenama Baharu Chery, Lepas L8 Bakal Lancar Akhi ...

Aliff Syukri Luah Syukur, Diiktiraf Penyumbang Zak ...

Kadar Pengangguran Turun 3.1 Peratus, Rekod Paling ...

Dituduh Sondol Ketika Andika Putera Masih Bersta ...