loading...

Panggilan Bomba yang Paling ‘Rare’

KUALA LUMPUR – Beberapa panggilan kecemasan yang pelik telah direkodkan oleh pihak bomba dan rata-rata daripada panggilan tersebut dikategorikan sebagai  ‘rare’ kerana situasi kecemasan tersebut.

 

terdapat 3 panggilan kecemasan telah diterima  disenaraikan oleh pihak bomba sebagai yang paling ‘rare’ dalam akaun twitter milik pasukan Bomba tersebut.

 

Panggilan yang menduduki tanda teratas dalam senarai paling ‘ rare’ itu ialah panggilan berkenaan ‘Naga Besar Gigit Saya’ namun yang melucukan, naga yang dimaksudkan adalah seekor sesumpah.

 

‘Gua sudah bunuh kasi angkatlah’ pula menduduki tangga kedua yang mana panggilan tersebut melibatkan seekor ular yang telah pun mati.

 

Di tempat ketiga pula ‘Cobra besar lengan mau gigit saya’ yang mana mana saiz ular tersebut hanyalah sebesar ibu jari.

 

Muat naik status di akaun twitter ini telah menarik perhatian netizen dan rata-rata meninggalkan komen dalam status tersebut seperti yang dilakukan oleh Ini Apex Lah.

 

“yang buat panggilan ini terlalu takut, tapi lagi bagus yang buat panggilan palsu.. kesian pada anggota yang respon kes.” katanya.

 

Dalam pada itu, Skyfire pula memuat naik komen yang meluahkan rasa terima kasih kepada pihak bomba terhadap pengorbanan yang dilakukan oleh mereka.

 

“hahaha apa-apa pun terima kasih tuan bomba dan rakan-rakan semua diatas khidmat yang telah dicurahkan…tabik!” ujarnya. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...