Oleh: Syahril Abd Kadir
Khalid adalah individu yang sangat digeruni dalam Utusan Malaysia, namakan sahaa editor yang paling garang dengan wartawan, nescaya dia juga akan ‘terkulai’ jika berhadapan dengan Khalid Mohd.
Khalid hanya akan melayan mereka yang boleh membantahnya dengan fakta, bukan auta, kalau sekadar nak sembang kosong, baik keluar dari bilik dia cepat-cepat.
Namun di luar pejabat, ternyata Khalid Mohd adalah orang yang ‘360 darjah’ berbeza. Hampir seminggu makan dan tidur dengan beliau sewaktu membuat laporan khas tsunami di Aceh lebih 10 tahun lalu bagaikan menceritakan segalanya.
Khalid adalah seorang yang cukup ‘low profile’ berbanding segelintir Ketua Pengarang akhbar lain di zamannya, sebab itu aku tidak hairan jika ramai yang tidak tahu mengenai Khalid.
Penampilannya sangat ‘simple’, beliau hanya memakai tie dan berkot kalau urusan yang perlu dihadirinya benar-benar memerlukan ‘dress code’ yang rasmi seperti menemuramah Perdana Menteri atau urusan rasmi kerajaan.
Yang pasti Khalid terpaksa membayar harga yang tinggi apabila ramai orang di luar termasuk dalam Utusan Malaysia sendiri yang tidak menyenanginya ‘style’ kepimpinannya.
Biar apapun, Khalid ternyata tidak pernah megah dek puji, mati dek keji, beliau tidak peduli sama ada ‘staf’ di bawahnya memuji atau mengejinya.
Dia tetap bengis pada masa yang sama cukup protektif jika ada pihak yang mempertikaikan para wartawannya.
Aku ingat kali pertama melapor diri sebagai wartawan kadet di bawahnya, rasa macam nak terkencing bila lihat lelaki berjambang dan berkaca mata bulat itu.
Namun sifat bengis dan no- nonsense beliau itulah yang membentuk aku menjadi seorang wartawan.
Hari ini aku bertemu balik dengan beliau setelah lama dia bersara. Aku masih lagi ‘gerun’ dengan lelaki ini dan seperti dapat merasai perasaan aku, dia terus berkata;
” Dulu masa kerja semua takut nak bergambar dengan saya. Sekarang berani pulak ye? ”
Aku sengih jela.
Nota:
* Penulis merupakan bekas wartawan kanan Biro Jenayah di Utusan Malaysia.
*Ini merupakan pendapat peribadi yang dipetik dari laman Facebook beliau dan ia tidak semestinya mewakili pandangan SuaraTV.