loading...

Video: Kelab Penyokong Kedah Mohon Maaf Selepas ‘Boo’ Ahmad Bashah

ALOR SETAR – Penyokong kelab penyokong bola sepak negeri Kedah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah kerana memalukannya ketika perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah menentang Kelantan di Stadium Darulaman, awal bulan lalu.

 

Menurut Pengerusi Kelab Penyokong Jaguh Utara FC, Mohd Safarizal Mohd Sobri beliau bagi pihak para penyokong bola sepak Kedah memohon maaf atas tindakan ‘boo’ yang dilakukan sebelum ini.

 

“Kami juga ingin memohon maaf atas kejadian tempoh hari, saya (hadir) malam ini bukan atas suruhan sesiapa namun sebagai seorang Islam kami telah melakukan perkara yang menjelekkan sewaktu perlawaan bola sepak tempoh hari.

 

“Walaupun waktu itu Datuk Seri Ahmad Bashah bukan Presiden KFA namun beliau hadir sebagai tetamu kehormat, sebab itu dalam ucapan tadi saya dengan rendah diri memohon maaf bagi pihak penyokong Kedah kerana melakuakan perkara yang menejelikkan itu,” katanya selepas mengadakan pertemuan yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon pada, Rabu malam.

 

Mohd Safarizal turut menjelaskan pertemuan yang diadakan malam tadi berlangsung dalam suasana santai dan sangat mengujakan.

 

“Pertama sekali kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Presdien KFA yang baru dilantik kerana berjaya mengumpulkan sebilangan kelab-kelab penyokong yang ada di Kedah.

 

“Pertemuan yang diadakan malam tadi diadakan dalam keadaan yang santai dan cukup membuatkan kami teruja malah Datuk Seri turut memberikan maklumbalas yang positif,” katanya lagi.

 

Terdahulu Ahmad Bashah mengadakan pertemuan ‘hati ke hati’ dengan lapan kelab penyokong negeri itu bagi membincangkan mengenai kerjasama yang boleh dimainkan kedua-dua pihak demi pembangunan sukan berkenaan.

 

Antara kelab penyokong yang hadir Kelab Penyokong Darul Aman (KEPDA), Red Eagle FC, Red Eagle Crew, Hijau Kuning FC, Arena Hijau Kuning, Kelab Penyokong Setia Hijau Kuning dan Peminat Bola Sepak Kedah.

 

Bagaimanapun ‘Ultras Kedah’ menolak untuk hadir dalam pertemuan yang diadakan itu.

 

Selain Ahmad Bashah turut hadir dalam pertemuan tersebut Timbalan Presiden KFA, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah; Naib Presiden KFA, Datuk Badrol Hisham Hashim; Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar dan Bendahari KFA, Datuk Yusof Ismail. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...