SHAH ALAM – Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini memerintahkan bekas isteri selebriti Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 36, dipenjara selama tiga hari berkuat kuasa hari ini berikutan mengingkari perintah berhubung hal lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.
Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut mengurangkan jumlah penjara terhadap Nursuhaila Eliani Suhaimy, 30, daripada tujuh
Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah Datuk Aidi Moktar, menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital (pemenjaraan) berkenaan dengan alasan Mahkamah Tinggi Syariah sudah memberi ruang dan peluang untuk perayu membela diri selain hukuman penjara itu juga tidak melanggar peruntukan undang-undang syariah Selangor.
Nursuhaila Eliani akan menjalani hukuman berkenaan di Penjara Wanita Kajang. – Kosmo

Asyraf Wajdi Sebak, Mangsa Tragedi Upsi Luah Adik ...

Pengguna Kini Boleh Tempah Van Rapid Kl Menerusi A ...

Mb Pahang Ucap Takziah Kepada Ahli Keluarga Pelaja ...

Kerajaan Tidak Akan Berhenti Usaha, Akan Rangka D ...