loading...

Keluar Umno, Mudahkan Mahathir Jatuhkan Najib – Ibrahim Ali

Kuala Lumpur – Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin tidak akan menyertai UMNO semula selepas membuat keputusan keluar dari parti itu.

 

Itu pandangan bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali apabila merasakan, terlalu sukar untuk bekas Perdana Menteri itu berada dalam UMNO selagi parti itu diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Pada saya keputusan ini adalah yang terakhir bagi Dr Mahathir. Kemungkinan besar untuk beliau kembali semula amat tipis.

 

“Tambahan pula, setiap keputusan yang dia buat, dia sudah ambil kira pelbagai faktor. Ini adalah yang terakhir baginya,” katanya yang dipetik dari sebuah laman portal.

 

Menurut laporan itu lagi, Ibrahim berkata, Dr Mahathir adalah seorang individu yang sayangkan negara dan mengambil berat masalah rakyat.

 

Katanya, beliau akan segera membuat teguran dalam kepimpinan parti dan pentadbiran kerajaan sekiranya melihat ada berlakunya kepincangan.

 

Bagaimanapun ujar beliau, Dr Mahathir akan membuat keputusan keluar parti sekiranya kepimpinan parti itu menjadi semakin teruk atau pandangan dan nasihatnya tidak diendahkan.

 

“Dia keluar parti tidak bermakna masalah dalam UMNO akan selesai kerana sudah tidak ada lagi orang yang mengkritik, tetapi apabila dia berada di luar, lagi mudah baginya untuk menjatuhkan Najib,” katanya.

Previous
Next Post »
loading...