loading...

Syabas Nafi Jalankan Catuan Air Di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd, Syabas menafikan mesej viral yang mula menular di aplikasi Whatsapp berkenaan isu catuan air.

 

Isu catuan air di Lembah Klang yang bermula pada hari ini sehingga 31 mac adalah yang mula tersebar merupakan penipuan.

 

Menurutnya, Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan Pengurusan Air Selangor, Amin Abdullah, berkata maklumat yang tersebar itu merujuk kepada pelan catuan bekalan air pada 2014.

 

“Pengguna disaran supaya menggunakan aplikasi telefon pintar mySYABAS atau www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini,” katanya.

 

Baru-baru ini, tersebar dalam aplikasi media sosial itu kononnya pelan catuan bekalan air akan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 31 Mac di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.-Agenda Daily

Previous
Next Post »
loading...