loading...

Video: Muhyiddin Perlu Buktikan, Dirinya Totok Umno – Zahid

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak bimbang dengan kerjasama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pakatan pembangkang.

 

“Ia tidak perlu digusarkan (kerana) kita sedar bahawa ada unsur yang harus diatasi dengan kesatupaduan dalam akar umbi.

 

“Pegangan yang kuat apapun gelombang yang datang akan dapat dihadapi dengan tenang supaya tonggak itu tidak akan goyah,”katanya pada sidang media konvensyen perumahan penjawatan awam, di bangunan MITI, sebentar tadi.

 

 

Mengulas mengenai isu bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digantung jawatannya daripada timbalan presiden Umno, beliau berkata walaupun Muhyiddin bukan lagi timbalan presiden tetapi masih Ketua Umno Pagoh.

 

” Sekiranya merujuk kepada ucapan beliau (Muhyiddin) terdahulu, beliau harus terus menyanggi Umno dan sebagai ahli totok tentunya beliau akan terus dan tetap bersama-sama dengan kami di dalam Umno.

 

“Jadi sebarang keputusan biarlah melebihi kepentingan parti melebihi daripada membuat keputusan ketika sedang sedih atau marah,” katanya.

 

Sementara itu, dalam perkembangan lain, menurutnya, kerajaan akan merealisasikan tuntutan bagi melaksanakan pinjaman perumahan kepada penjawat awam agar kesemua daripada mereka bakal memiliki rumah sebelum persaraan.

 

Terdahulu, kira-kira 45 peratus dari 1.4 juta penjawat awam di Malaysia masih belum memiliki rumah.

 

Angkasa membantu menerusi prinsip pembiayaan Al aqari yang mewujudkan mekanisma berkongsi modal pembelian unit hartanah dan membeli bahagian perkongsian sehingga dapat memiliki unit rumah tersebut. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...