loading...

‘Saya Yakin Mukhriz Sokong Kalau Dia Sayang Parti’ – Ahmad Bashah

ALOR SETAR – “Saya yakin mantan MB akan beri sokongan, sebagai orang dalam parti.”

 

Itu kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika ditanya mengenai sokongan mantan menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam pentadbiran barunya kelak.

 

Ahmad Bashah berkata keyakinan sokongan tersebut berasaskan bahawa Mukhriz adalah orang Umno.

 

“Kalau dia sayang parti, dia akan kembali kerana itu orang parti,” katanya.

 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Istiadat Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran sempena hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 di Istana Anak Bukit hari ini.

 

Mengulas lanjut mengenai rombakan Exco, Ahmad Bashah memaklumkan perkara itu akan dibincangkan dalam masa terdekat.

 

Tambah Ahmad Bashah, beliau yakin Perdana Menteri yang akan mengadakan lawatan di Kedah pada Jumaat ini akan turut membantu untuk melihat perubahan di negeri Jelapang Padi

itu.

 

“Dia (Najib) beri jaminan akan bantu Kedah, apabila hari ini saya yakin persahabatan lama, saya kenal PM. Saya yakin akan bantu kedah lihat perubahan rakyat.

 

“Dia (Najib) mai Sungai Petani dan Kulim mungkin ada sesuatu. Semua telah diusahakan Mukhriz, InsyaAllah kita akan teruskan, kenapa nak sekat,” katanya.

 

Terdahulu, Ahmad Bashah mengakui berasa terguris apabila gambarnya yang dikatakan terlena itu menjadi viral di media sosial.

 

Kata Ahmad Bashah, walaupun terdapat pemain media sosial yang dibayar untuk kempen politik, tidak seharusnya beliau dihina sehingga begitu sekali.

 

Terdahulu, Ahmad Bashah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah ke-12 di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

 

Mukhriz semalam mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta susulan kehilangan sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri. – TheRakyatPost


Previous
Next Post »
loading...