KUALA LUMPUR – Seorang pelayar Facebook meluahkan rasa tidak puas hati apabila rawatan gastrik dikenakan kadar bayaran yang tidak masuk akal oleh sebuah klinik di Malaysia.
Sya Shen Yee Aun memuat naik status, “Klinik Malaysia caj sehingga RM900 bagi rawatan gastrik?,”soalnya.
Status tersebut turut melampirkan pautan artikel daripada The Coverage Bureau yang melaporkan mengenai klinik yang mengenakan bayaran rawatan gastrik sejumlah RM900.
Menerusi laporan itu, sepasang suami yang melalui insiden tersebut sangat marah apabila rawatan gastrik dicaj sehingga RM900 ke atas dalam bil-bil perubatan.
Menurut laporan polis yang dikongsi oleh pelayar Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan, mangsa telah membawa suaminya ke klinik kerana suaminya menghidap gastrik.
Menerusi rawatan pertama yang
Menurut laporan itu, tiada resit telah dikeluarkan daripada klinik.
Bagaimanapun mangsa tidak mengesyaki apa-apa dan terus pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, mangsa masih sakit dan tidak lama selepas itu, mereka mendapatkan rawatan kedua. Rawatan kedua mengambil masa lebih kurang satu jam mereka memanggil mangsa untuk bayaran caj tersebut.
Apabila ditanya mengapa bayaran tersebut begitu mahal sedangkan dia sudah membayar caj rawatan pertama. Kemudiannya doktor tersebut mendakwa bahawa dia telah memberikan ubat yang mahal.
Bagaimanapun, pasangan itu kemudiannya membuat laporan polis kerana telah menjadi magsa caj berlebihan dan tidak masuk akal oleh sebuah klinik.-SuaraTV

Bapa Lemas Cuba Selamatkan Anak Jatuh Dalam Sungai ...

Panduan Penulisan Esei Sejarah Tingkatan 3 ...

Anak Rita Rudaini Kekalkan Kejayaan, Raih Cgpa 3.7 ...

Tecno Camon 40 Pro: Spesifikasi, Varian, Harga, Ka ...