London – India adalah sumber kedua terbesar komponen yang digunakan militan IS untuk membuat bahan letupan, menurut satu laporan baru-baru ini.
Kajian Konflik Persenjataan di London yang menjejaki pembekalan dan penggunaan senjata haram dalam konflik aktif, berkata ia mengkaji sisa bahan letupan ditemui di Syria dan Iraq dan mendapati kebanyakan wayar peledak dan fius keselamatan, yang digunakan IS adalah dari syarikat India.
Kata organisasi itu, ia menemui bukti serpihan bahagian dari 51 syarikat dari 20 negara termasuk Amerika Syarikat,
Daripada lebih 700 komponen yang ditemui di medan perang, terdapat bukti ia dibekalkan daripada 13 syarikat Turki dan tujuh syarikat India.
Semua komponen dari India dieksport secara sah di bawah lesen yang dikeluarkan oleh kerajaan dari India ke entiti di Lubnan dan Turki, kata organisasi itu dalam laporan semalam.
Sementara itu jurucakap Kementerian Pertahanan India yang dihubungi enggan mengulas lanjut. – Agensi

Iqoo Neo 10 Dilancar Di Malaysia Snapdragon 8s G ...

Mohon Imuniti? Jawatan Perdana Menteri Bukan Peris ...

Samsung Bawa Platform Beli-belah Ai Generatif Ke G ...

Serius Lain Sangat Peminat Terkejut Lihat Pena ...