loading...

Awie Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam?

Hanya kerana kini susuk badan lagenda rock, Awie kelihatan sudah susut, timbul khabar angin yang mendakwa bahawa Awie terkena buatan ilmu hitam. Tidak mudah melatah, Awie menjelaskan situasi berkenaan kepada Harian Metro.

BACA: Anak Bagi Kahwin Lagi, Awie Terima Dengan Hati Terbuka

“Saya kurus atas kemahuan sendiri. Bukan kerana sakit atau terkena ilmu hitam dan kalau boleh saya tidak mahu bercakap perkara itu. Sebelum ini saya tak menjaga makan, jadi kelihatan berisi. Sekarang saya kurangkan makanan berkarbohidrat,” jelasnya.

Selain itu, antara perkara yang turut menyumbang kepada kadar penurunan berat badannya adalah kerana terlalu memikirkan hal rumah tangga. Bagaimanapun menurut Awie, tindakan bekas isteri menceritakan masalah rumah tangga mereka sebaliknya membuatkan dia lebih beruntung.

“Apabila dia memburuk-burukkan dan menghina saya, ia tidak memberi kesan pun. Malah bertambah lagi pahala dan rezeki saya. Alhamdulillah sepanjang dua tahun masalah rumah tangga kami dibicarakan di mahkamah, rezeki saya dalam bidang seni tidak pernah putus,” jelasnya penuh syukur. (rtky/s)

7- Awie Kini Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam? - ROTIKAYA 6- Awie Kini Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam? - ROTIKAYA 5- Awie Kini Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam? - ROTIKAYA 4- Awie Kini Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam? - ROTIKAYA 3- Awie Kini Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam? - ROTIKAYA 2- Awie Kini Kurus Kerana Terkena Ilmu Hitam? - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...