KUALA LUMPUR: beberapa wartawan The Malaysia Insider mendakwa mereka memperoleh gaji mereka dalam tempoh masa yang agak lama dan gaji yang dibayar separuh sahaja menurut sumber.
Ini berlaku akibat daripada masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat berkenaan akibat daripada penurunan pembaca.
“Keadaan semakin sukar di sini. Gaji sering lambat dibayar dan pelbagai alasan diberikan pihak pengurusan. Ada beberapa bulan gaji dibayar separuh sebelum bakinya dilangsaikan pada pertengahan bulan.
“Dengar khabar, bantuan kewangan yang sering kami perolehi sebelum ini sudah terhenti.
“Beberapa rakan wartawan lain sudah mula mencari kerja lain tetapi banyak juga permohonan ditolak,” kata wartawan TMI yang namanya tidak didedahkan.
Justeru TMI mengambil tindakan dengan mengunakan isu-isu yang berlandaskan spekulasi semata-mata bagi meningkat bilangan pembaca kata Raja Petra Kamaruddin.
“Adakah kalangan wartawan dan editor TMI terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di blog gosip dan menulis berdasarkan ‘kata dia’, ‘jirannya kata’ atau ‘seorang rakan’ seperti kolum gosip akhbar? Wartawan sebenar tidak akan menulis bersandarkan spekulasi apatah lagi ia melibatkan satu kes siasatan.
“Laporan TMI seumpama ini cenderung kepada bersifat jahat dalam menimbulkan persepsi negatif disebalik hakikat sebenar. Dan kita semua tahu, ia bukan pertama kali dilakukan wartawan gosip TMI.” katanya.