Nampaknya Ayda Jebat pun tidak dapat lari daripada terkena tempias berita palsu yang terlalu mudah tersebar di laman sosial. Kata Ayda, dia terkejut apabila berita tersebut sampai kepadanya.
BACA: Ayda Jebat Punca Cinta Aiman & Fathia Putus?
“Saya terkejut kerana ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan adakah saya terlibat dalam kemalangan. Rupa-rupanya ada pihak di laman Facebook menyebarkan berita yang saya terlibat dalam kemalangan dan menggunakan gambar lama saya”
“Saya pernah terlibat dalam kemalangan tetapi pada tahun 2012 dahulu. Alhamdulillah, sekarang ini saya sihat sahaja. Saya pun tak tahu kenapa gambar dan cerita lama disiarkan semula selepas empat tahun,” memetik kembali kenyataan Ayda kepada Astro Gempak.
Tambah Ayda, dia menasihatkan dan berharap orang ramai agar sentiasa mendapatkan kesahihan sesuatu berita dan lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu perkara di laman sosial. (rkty/s)