Tak cukup dengan laman sosial sedia ada seperti Facebook dan laman mikro Twitter, golongan anak-anak orang kaya di London menggunakan laman foto Instagram untuk menunjukkan kekayaan.
Foto-foto di akaun @richkidslondon atau ‘rich kids in London’ menunjukkan pelajar kembali ke universiti menggunakan kereta sport bersalut emas, menaiki jet peribadi dan sebagainya.
Salah satu foto menunjukkan seorang lelaki mengelap kasut kulit mengunakan wang kertas kerana ‘disentuh pengemis’.
Selain daripada menunjukkan kekayaan sendiri, terdapat foto yang menunjukkan
Kertas tisu di dalam kotak tisu pula digantikan dengan wang kertas, menunjukkan anak orang kaya menggunakan wang untuk mengelap hingus.
Walaupun @richkidslondon baru wujud selama beberapa minggu, ia berjaya mengumpul lebih 42,000 pengikut dalam tempoh yang sangat singkat.
Sebelum ini, akaun lain yang popular dengan tujuan sama adalah ‘rich kids of instagram’ yang mengumpulkan foto-foto orang muda kaya diserata dunia.

Kalau Nak Kurus Elakkan Buah Berisi Kuning ...

#mas2025: Honda Cb1000 Hornet Sp 2025, Naked Bike ...

Mayat Bayi Lelaki Masih Bertali Pusat Ditemui Di S ...

Toyota Corolla, Corolla Sport Dan Corolla Touring ...