loading...

Zahid galas jawatan Timbalan Presiden Umno

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menggalas sementara jawatan Timbalan Presiden Umno selepas jawatan penyandangnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung berkuat kuasa serta merta.

 

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan itu diputuskan bersama semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.

 

“Usul itu (dibuat) secara konsensus (bersama) dalam membawa usul dan memutuskan di bawah fasal 10.15 Perlembagaan Umno.

 

“Tempoh penggantungan jawatan timbalan presiden adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Jawatan-jawatan lain (dalam parti) yang disandang Tan Sri Muhyiddin dikekalkan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat Umno, di sini, hari ini.

 

Tambah Tengku Adnan, dalam Perlembagaan Umno tiada pemangku Timbalan Presiden, jadi Presiden telah putuskan supaya Ahmad Zahid menjalankan tugas-tugas sebagai Timbalan Presiden Umno. -Sinar

Previous
Next Post »
loading...