loading...

Presiden PAS Sokong Najib Kata Tony Pua

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak akan menyertai sebarang himpunan anti-Najib dijadualkan berlangsung pada 27 Mac depan sebagai penyokong najib.

 

Menerusi status yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya pagi tadi menulis, perkara itu memberikan maklum balas yang jelas bahawa pemimpin utama Pas, menyokong Najib.

 

“Tak cukup jelas ke? Hadi ini penyokong Najib. 1MDB? RM2.6bn? Tak apa. Kami bagi nasihat sahaja,”tulisnya serta melampirkan pautan berita dari sebuah portal.

 

Bagaimanapun, ramai netizen yang mengecam tindakan ahli parlimen tersebut apabila memuat naik status sedemikian rupa.

 

Aimilfandi Ahmad Yazid Gam menulis, “Kamu guna akal la sebelum mau hentam. Tuan guru Hadi tak mahu jatuhkan Najib sebab ia beri tiket pada pembangkang untuk kalahkan BN pada PRU akan datang. Jika Najib digulingkn, ia sama sahaja ganti pemimpin busuk. Nak suruh Zahid ke jadi pengganti? Simpan bangang tu sikit ya,”tulisnya.

 

Enche Lajin Tony pula menulis, “Kalau Najib jatuh lu mau kasi Anwar jadi PM kah???,”soalnya.

 

“Sohai punya Tony.. lu mau zahid plak jd pm ka?,” tulis, Apitz Hafiz.

 

Manakala, Lajin menulis, “Ingatkan cerdik sangat Tony ni rupanya baghal bertingkat tingkat,”katanya.

 

Sebelum ini, Hadi berkata, beliau hanya anti kepada parti Umno, tetapi tidak anti ahli Umno.

 

Katanya, Pas hanya akan berbaik dengan pimpinan Umno dan bukan kepada parti Umno yang sudah banyak melakukan kesilapan sebelum ini.

 

Terdahulu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatannya.

 

Bagaimanapun, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.-SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...