Jika ada barisan selebriti yang selesa mendedahkan anak mereka kepada dunia hiburan mahu pun media sosial, situasi itu berbeza buat Johan dan juga isterinya, Rozlinawaty Ismail atau Ozlyn.
BACA: Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas Untuk Makan
“Saya tidak suka anak saya jadi perhatian kerana faktor keselamatan. Ada yang tawarkan mereka untuk penggambaran tetapi saya tidak berminat”
“Mereka bukan artis dan biarlah mereka fokus kepada pelajaran dan menjalani kehidupan seperti orang lain,” jelas Johan kepada mStar Online. Sementara itu, Ozlyn juga menjelaskan bahawa apa yang dikongsikan mereka di laman sosial adalah rencana kehidupan mereka yang sederhana.
Johan dan Ozlyn berkahwin pada Julai 2009 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Semoga keluarga Johan akan terus dilimpahkan rezeki dan bahagia sehingga ke Jannah. (rtky/s)