ESSEX, BRITAIN – Disebabkan menikam bekas teman wanitanya sebanyak 80 kali sehingga maut, seorang ahli seni mempertahankan diri dihukum penjara 23 tahun.
Jordan Taylor menikam Laura Davies sebanyak 18 kali di muka, tiga kali di belakang kepala menjadikannya genap 80 tikaman diseluruh anggota badan wanita tersebut pada 3 Julai lalu.
Tikaman Jordan menyebabkan pisau berukuran enam inci yang digunakan menjadi bengkok, lapor Dailymail.
Sebelum kejadian, Laura menamatkan hubungan mereka di flat yang disewa mereka selepas mendakwa Jordan mengawal hidupnya termasuk memilih baju untuk dipakai, menghalangnya keluar dari rumah dan mengawal akaun bank miliknya.
Sehubungan itu, keluarga Laura yang bersyukur dengan hukuman yang dikenakan ke atas Jordan kini berhajat untuk membantu wanita yang menjadi mangsa serangan domestik.