loading...

Mahathir Dendam, Malu Mukhriz Kena Pecat – Nazri

Kuala Lumpur – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menempelak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dengan mengatakan bekas pemimpin itu menyertai himpunan anti-Najib kerana malu anaknya dilucutkan jawatan Menteri Besar Kedah.

 

Nazri menyatakan bekas ketuanya itu menyertai himpunan tertutup anti Najib anjuran bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim untuk membalas dendam terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

 

“Anda kena ingat Mahathir ni pendendam. Jadi dia malulah. Anak dia tak sampai sepenggal pun telah hilang jawatan Menteri Besar. Itu suatu perkara yang memalukan keluarga dia. Apa yang lebih malu bila digugur tak ada siapa pun nak demonstrasi. Jadi mungkin bukan saja untuk balas dendam terhadap Najib, beliau menyertai Zaid Ibrahim, seorang lagi political failure.

 

“Pada sayalah, dia nak buat sesuatu tunjuk orang marah nak gugurkan Mukhriz,” kata beliau dalam satu wawancara di sini, semalam.

 

Jumaat lalu, Mahathir menyatakan beliau akan menyertai himpunan tersebut kerana tiada lagi jalan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap kerajaan pimpinan Najib.

 

Nazri mengalu-alukan himpunan tersebut yang menurut beliau tidak akan berjaya seperti mana himpunan yang dilakukan sebelum ini.

 

Beliau dengan sinis menyatakan Mahathir tidak mampu melakukan apa-apa setelah MT membuat keputusan menggantung bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

“Alah bisa tegal biasa. berpuluh kali dah dia buat himpunan begini. Asalkan dia ikut peraturan sudahlah. Bagilah kebebasan.

 

“Waktu dia jadi Perdana Menteri dia tak bagi kita demonstrasi… jadi biarlah. Dia teringin nak demonstrasi. Saya sudah cakap dulu bukan dia boleh buat apa pun. Baling batu dekat gelas pun tak pecah. Biarlah dia,” kata beliau.

Previous
Next Post »
loading...