KUALA LUMPUR – Netizen kecam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan langkah menyekat portal The Malaysian Insider (TMI) ke arah menjadi negara Korea Utara.
Menerusi status di laman sosial Facebook, yang dimuat naik pemilik akaun, Tzu P Wong berkata, jika Malaysia yang disifatkan Tun M ke arah menjadi seperti Korea Utara, negarawan itu akan menjadi makanan anjing.
Ramai netizen turut memberikan komen menerusi status itu dan mengakui pernah melalui zaman pemerintahan bekas pemimpin utama itu dengan melabelkannya sebagai pemimpin diktator.
Hafizi Pauzi “Dia bercakap mengenai dirinya?,” tulisnya.
Manakala Tzu P Wong turut menulis “Seperti dia sudah lupa The
“Orang tua ini dah lupa apa yang dia pernah lakukan dulu semasa dia memegang jawatan dan mempunyai kuasa,”tulis Vincent Chew.
Cheah Sin Chong menambah, “Ya, Star telah di ‘ban’ selama 5 hingga 6 bulan. Ramai wartawan pergi ke US, New Zealand dan Australia dan tidak pernah kembali. Ramai wartawan dan beberapa kakitangan lain bekerja sebagai jurujual MultiLevel Marketing, ada setengah daripadanya mengajar tuisyen, pemandu teksi juga penjual sayuran di pasar,”tulisnya.
Terdahulu, dilaporkan, Tun Mahathir mendakwa dengan menyekat portal The Malaysian Insider negara ke arah menjadi seperti Korea Utara. -SuaraTV

Meerqeen Menyanyi [video] ...

Kajian Literatur: Maksud & Panduan Penulisan ...

Treler Membawa Muatan 20,240 Kg Beras Seludup Dira ...

248 Stesen Minyak Di Kelantan Kekal Beroperasi Pad ...