KUCHING – Hanya 80 penduduk daripada 19 keluarga di Serian masih ditempatkan di pusat pemindahan setakat jam 7 pagi ini.
Daripada jumlah itu, 10 penduduk adalah mangsa tanah runtuh yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Koran selepas diarah meninggalkan kediaman mereka.
Pegawai Perhubungan Awam Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Siti Huzaimah Ibrahim, berkata dua lagi pusat pemindahan yang aktif
“Pusat pemindahan yang dibuka Ahad lalu iaitu Balai Raya Slabi Entungkuh menempatkan 34 mangsa banjir dari lapan keluarga manakala Surau Hadhari menempatkan 36 mangsa daripada sembilan keluarga,” katanya di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, hujan lebat pagi ini dikhuatiri menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air. – BHarian

#hiburan: Pempengaruh Ayunie Beli 15kg Emas, Netiz ...

#tahukahanda: Apakah Kelebihan Miliki Gwm Haval H6 ...

Tujuh Kedai Musnah Dalam Kebakaran Berhampiran Cho ...

Asano Dilantik Ceo, Pengarah Urusan Boon Siew Hond ...