loading...

Tun Mahathir Sanggup Bunuh UMNO – Annuar

Putrajaya – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup ‘membunuh’ UMNO hanya untuk menumpaskan musuh politik.

 

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata ia strategi Dr Mahathir sebelum ini dan ia dibuat semula dalam usahanya menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Strategi terbaharu ini adalah untuk melumpuhkan dan membunuh UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan Datuk Seri Najib.

 

“Pendekatan ini didorong pengalaman Dr Mahathir, di mana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

 

Annuar berkata, Dr Mahathir adalah ahli politik ‘true Machiavellianism’ dan mengamalkan kaedah matlamat menghalalkan cara.

 

Katanya, kaedah mengorbankan UMNO demi menewaskan musuh politiknya sudah menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan beberapa kerajaan negeri dalam pilihan raya terdahulu.

 

“Sejarah membuktikan Dr Mahathir tidak teragak agak menghadiahkan pembangkang kuasa dan kerajaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya.

 

“Itulah Dr Mahathir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Justeru terpulanglah kepada ahli UMNO untuk melihat episod terbaharu ini,” katanya.

Previous
Next Post »
loading...