Kuala Lumpur – Operasi memadam kebakaran yang berlaku di bukit batu kapur, Kampung Sri Gombak akan diteruskan lagi hari ini.
Penolong pengarah bomba dan penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata setakat petang semalam, pihaknya masih bertungkus lumus memadam beberapa kawasan yang masih mempunyai bara api.
“Tiga kawasan yang dikenal pasti masih mempunyai bara api itu merupakan kawasan yang curam di mana terdapat batang-batang pokok yang masih mempunyai bara api.
“Sejak semalam (Sabtu), pihak kami
Mohd Sani berkata seramai 50 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Gombak dan Rawang bertugas memadam dan memantau kawasan berkenaan.
Jumaat lepas, kawasan hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dari kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves terbakar melibatkan kawasan seluas kira-kira 12 hektar, dipercayai berpunca daripada perbuatan pembakaran sampah secara terbuka.

Sri Pahang Fc Bakal Ikut Jejak Langkah Perak Fc Ta ...

Bantuan Khas Kewangan Rm1,200 Pelajar Ipt Sarawak ...

Wanita Sedang Bersarapan Maut Dilanggar Mpv Terbab ...

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah ...