SEREMBAN — Seorang pelajar tingkatan lima dipercayai mati lemas ketika mandi di kolam renang sekolahnya.
Ketua polis daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata mangsa yang maut iaitu Muhamad Daniel Abdul Razak, merupakan pelajar Sekolah Menengah King George V.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 3 petang… pengadu yang merupakan guru sekolah berkenaan ketika itu sedang membuat persiapan hari sukan.
“Bagaimanapun dia telah terlihat kira-kira 12 orang pelajar sedang mandi di kolam itu sebelum mengarahkan mereka naik kerana pelajar tidak dibenarkan mandi tanpa pemantauan guru.
“Setelah
Muhamad Zaki berkata berikutan itu pengadu telah meminta pelajar-pelajar lain itu menyelamatkan mangsa.
“Namun setelah dibawa ke darat didapati mangsa masih tidak sedarkan diri dan bantuan pernafasan telah diberikan.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.
Beliau berkata mangsa akan dibedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. — Bernama

Dr Dzulkefly Reda Gp Nak Protes, Tak Halang Tapi H ...

Honda Adv160 2025 Special Edition Tampil Warna Bah ...

Syarat Persahabatan Adalah Memaafkan ...

Inilah Laptop Pertama Di Dunia Terbina Dengan Mesi ...