loading...

Warga Emas Hilang, Tidak Ditemui

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun telah hilang dan masih tidak ditemui sejak jumaat lalu.

 

Warga emas tersebut yang dikenali sebagai Ali Ismail yang tinggal di Taman Medan telah pulang ke rumah selepas solat jumaat, namun beliau telah keluar kembali selepas itu.

 

Menurut saksi kejadian yang juga merupakan jirannya mangsa telah keluar dari rumah berseorangan selepas pulang dari solat jumaat dan menyangkakan beliau pergi ke kedai.

 

Menurut anak mangsa, Hisham Ali, ayahnya dikatakan merupakan seorang yang pelupa mempunyai beberapa penyakit yang berbahaya dilihat tidak membawa ubat dan itu membimbangkan keluarganya.

 

“Ayah saya kadang-kadang pelupa sedikit dan dia ada penyakit seperti gaut, kencing manis dan banyak lagi.

 

“Itu yang saya risau dia tak bawa ubat dia dan tongkat dia.” katanya ketika dihubungi SuaraTV tadi.

 

Laporan polis telah dibuat pada hari Sabtu jam 12.34 pagi oleh isteri mangsa, Bidah hanafiah.

 

Sebarang maklumat boleh  dimaklumankan kepada anak beliau Hisham di talian 019 255 7246 atau isterinya Bidah Hanafiah, 019 2513574.

 

Previous
Next Post »
loading...