Kuala Lumpur – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dipengerusikan presidennya Datuk Seri Mohd Najib Razak berjalan tanpa kehadiran timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mesyuarat bermula jam 3.35 petang tadi turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta barisan ketiga-tiga sayap Umno.
Difahamkan Muhyiddin kini berada di luar negara untuk bercuti.
Turut tidak hadir Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal yang juga hilang jawatan dalam rombakan Kabinet Julai tahun lalu bersama-sama Muhyiddin.
Nasib Muhyiddin akan ditentukan hari ini selepas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menyatakan, beliau akan membentang usul merujuk bekas Timbalan Perdana Menteri itu kepada Lembaga Disiplin parti.