Kuala Lumpur – Hutan di bukit batu kapur di Batu Caves terbakar melibatkan kawasan seluas kira-kira 12 hektar, pagi tadi.
Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kawasan hutan yang terbakar itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3 petang
ini.
Kawasan hutan itu kira-kira satu kilometer dari kuil Sri
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 10.42 pagi dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian,” katanya di sini, hari ini.
Sejumlah 20 anggota dan pegawai serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu.
“Tiada mangsa terlibat,” kata Mohd Sani.
Setakat petang ini, pihak bomba masih melakukan pemantauan di kawasan berkenaan.

Yassin Dah Khatam 20 Juzuk Al-quran, Berat Badan N ...

Gol Olimpico Pernah Saya Lakukan Badrul Afzan ...

Gaji Ahli Parlimen Cecah Rm40,000, Takkan Boleh Mi ...

Nahas Motosikal Dirempuh Honda Jazz, Seorang Lagi ...