loading...

Tujuh Anggota Tentera Darat Ditahan Disyaki Terlibat Kegiatan Militan IS

KUALA LUMPUR – Seramai tujuh anggota Tentera Darat ditahan sejak tahun lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan militan Daesh (militan IS), kata Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

 

Daripada jumlah itu, katanya, dua sedang menjalani hukuman penjara, dua lagi berada di bawah pengawasan polis manakala tiga lagi menunggu perbicaraan.

 

“Peratusan penglibatan anggota tentera dalam kegiatan militan sangat sedikit, ia tidak mencemarkan keupayaan (Tentera Darat). Hanya segelintir kecil cenderung ke arah itu.

 

“Kita cari ‘pagar’ untuk memagari mereka daripada terlibat dalam kegiatan itu. Sekiranya ‘pemagaran’ kita tidak mampu menghalang mereka daripada terlibat ke arah itu (militan), tindakan punitif akan dilakukan,” katanya pada sidang media khas sempena Hari Tentera Darat Ke-83 di sini, Jumaat.

 

Raja Mohamed Affandi berkata Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dipertanggungjawab  mengadakan program ‘pemagaran’ itu bagi mencegah anggotanya terjerumus dalam kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang. – mstar

Previous
Next Post »
loading...