loading...

Aku Suka Lihat Krisis Dalaman UMNO Kata Penasihat Editorial Malaysiakini

Kuala Lumpur – Penasihat Editorial portal pro-pembangkang Malaysiakini menyifatkan krisis dalaman yang sedang melanda Umno ketika ini sebagai satu budaya yang sihat.

 

Fathi Aris Omar melalui akaun Facebook berkata, masyarakat era Najib lebih peka dengan isu politik dan sosial berbanding dahulu.

 

“Aku paling suka krisis dalam Umno, macam aku suka krisis dalam PAS dan juga pembangkang (dan) aku paling suka melihat orang mengeluh tentang rasuah, ekonomi lembab, payah hidup dan masa depan suram.

 

“Khususnya mereka yang lebih kurang sebaya dengan aku, yang dulunya ramai juga tidak ambil peduli apa itu politik dan perkembangan semasa,” luahnya di laman media sosial itu malam tadi.

 

Fathi turut berkata perkembangan semasa itu telah membolehkan pihaknya untuk berehat seketika sambil menikmati saat indah tersebut.

 

“Aku paling suka menikmati saat-saat ini: saat aku hanya perlu berdiam diri dan mempedulikan kopi, rokok, pasu bunga dan angan-angan kematian, diri sendiri atau keluarga terdekat.

 

“Aku selalu ulang kata-kata EM Forster ini: “I would rather be a coward than brave because people hurt you when you are brave.” Aku selalu tulis dan selalu terfikir-fikir tentangnya, sepanjang hidup aku,” ujarnya lagi.

 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam, sekali lagi mengumumkan keluar daripada UMNO.

 

Tun Mahathir ketika mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, disini petang tadi berkata, parti itu ketika ini hanya mahu mempertahankan Najib sebagai presidennya.

 

Dr Mahathir pernah mengumumkan keluar UMNO pada 19 Mei 2008 kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya pada masa itu, Tun Abdullah Abdullah Ahmad Badawi.

 

Setahun selepas itu, beliau kemudiannya menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah meletakkan jawatan. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...