Putrajaya – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan beliau meninggalkan UMNO kerana kecewa anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disingkirkan selaku Menteri Besar Kedah.
Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, Dr Mahathir berkata, beliau seorang yang setia kepada UMNO walaupun pernah disingkirkan daripada parti pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra.
Katanya, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan UMNO kerana merasa malu dengan keadaan parti itu ketika ini
“Sesetengah orang kata saya keluar UMNO sebab kecewa anak saya bukan Perdana Menteri. Kalau saya mahu
“Saya tak amalkan nepotisme. Malah, saudara mara saya merasakan saya terlalu tegas dalam hal ini. Sekurang-kurangnya seorang saudara saya enggan bercakap dengan saya kerana saya tegas dalam hal ini,” katanya.
Ditanya sama ada beliau mahu membentuk parti politik baharu, Dr Mahathir mengatakan tidak dengan ringkas.
Dr Mahathir juga menafikan bahawa beliau yang meletakkan asas pentadbiran yang menyebabkan berlakunya penyalahgunaan oleh Perdana Menteri.

Kad Debit-i Th: Penerangan & Cara Permohonan K ...

Pelakon Lelaki Berdepan Hukuman Penjara 12 Tahun, ...

Rezeki Tom Cruise Dapat Jumpa Sofyank Influen ...

Baking Powder, Baking Soda & Soda Bikarbonat ...