Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dijangka mengumumkan harga baharu minyak bermula 12 tengah malam ini. Menurut sumber info, harga minyak dijangka turun sebanyak 20 sen berkuatkuasa 1 Mac 2016.
Memetik sumber info SuaraTV, ada sumber memaklumkan kepada mereka penurunan tersebut susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Sebelum ini, pada 1 Februari lalu, harga runcit RON97 turun sebanyak 20 sen kepada RM2.05 seliter manakala diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter.
Terdahulu Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (Pesamp), Khairul Annuar Abdul Aziz berkata penurunan harga minyak secara mendadak ini bakal menyebabkan ramai perniaga kecil gulung tikar.
“Kami tak sangka penurunan harga minyak menjadi begitu mendadak, sejak Disember 2014 sehingga Februari 2016 kenaikan minyak hanya berlaku sebanyak empat kali.
“Jika trend sebegini berterusan, dibimbangi banyak pengusaha stesen minyak khususnya yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan gulung tikar,” katanya dipetik sumber berkenaan.
Category: INFO SEMASA