loading...

Hina Mahathir, Lelaki Sabah Ajak Rani Kulup ‘Bertumbuk’

Kuala Lumpur – Bekas calon Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, Datuk Mohd Jeffry Rosman mencabar Abdul Rani Kulup Abdullah untuk bertumbuk sekiranya benar beliau merupakan hero Malaya seperti yang didakwa sebelum ini.

 

Jeffry melalui akaun Facebook berkata demikian bagi membidas tindakan Abdul Rani yang dikatakan menghina bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

 

“Petang ini saya tak nka bersuara pun tapi bila baca benda ini rasanya wajib saya bersuara, fuh ini dari Sabah punya ayah Jep nak habaq pada Ayah Rani. Amaran untuk u (Abdul Rani), jangan nak memandai nak warning TunM kita, dia negarawan (tapi) awak siapa?

 

“Mai datang Sabah kalau betul hero Malaya, one by one (satu lawan satu) dengan saya (atau) tarik amaran itu (dengan) segera.. porahhh,” ugut beliau.

 

Portal FMT sebelum ini melaporkan Abdul Rani memberi amaran kepada Mahathir agar tidak menyertai himpunan anti-Najib pada 27 Mac ini.

 

Menurut Abdul Rani himpunan berkenaan dilihat akan menyebabkan negara menjadi huru-hara selain boleh memecahbelahkan kaum Melayu, lapor portal tersebut.

 

Bagaimanapun Abdul ketika dihubungi SuaraTV menafikan beliau ada membuat sebarang kenyataan amaran terhadap Mahathir sambil menyifatkan portal tersebut telah memutar belit apa yang beliau katakan.

 

“Saya bersumpah tidak pernah membuat sebarangn kenyataan seperti itu, FMT putar belit kenyataan saya.

 

“Saya dah menghubungi wartawan FMT dan meminta beliau bertanggungjawab atas tindakan yang tidak beretika itu” katanya sebentar tadi. – SuaraTV.

Previous
Next Post »
loading...