Kajang – Seorang anggota polis cedera akibat dipukul sekumpulan lelaki di simpang tiga lampu isyarat Sri Taming menghala ke Taman Desa Baiduri, Kajang pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu, mangsa bersama seorang rakannya yang membuat rondaan bermotosikal di sekitar kawasan berkenaan, melihat dua kenderaan dinaiki 10 lelaki diletakkan di tengah jalan sehingga menghalang lalu lintas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey Richard berkata anggota polis berkenaan
“Akibat rasa tidak puas hati kerana diminta mengalihkan kenderaan, suspek bertindak memukul mangsa. Beg milik mangsa yang mengandungi dompet dan telefon bimbit turut dilarikan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Willey berkata mangsa dan rakannya kemudian melarikan diri untuk meminta bantuan.
Katanya polis sedang mengesan kesemua suspek terbabit.

Bront Palarae Menang Anugerah Pelakon Pembantu Ter ...

Bos Toyota Lebih Suka Bau Dan Bunyi Enjin Sebenar ...

Koda Hidupkan Semula Motosikal Ikonik Slavia B Un ...

Jalur Gemilang Tak Lengkap: Maaf Pas Tidak Cukup, ...