loading...

Tun M Mahu Pastikan Najib Disingkirkan

Putrajaya – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menubuhkan parti baharu walaupun sudah memutuskan keluar dari parti Umno.

 

Tun Mahathir turut menegaskan tidak akan menyertai mana-mana parti lain kerana jiwa Umno masih menebal dalam dirinya.

 

“Tidak. Jiwa saya masih pada Umno,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, disini, petang ini.

 

Ditanya mengenai langkah seterusnya selepas mengumumkan untuk keluar dari Umno, Tun Mahathir berkata, beliau akan meneruskan niat untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

 

“Saya akan pastikan Najib tidak akan terus menjadi Perdana Menteri untuk negara ini,” katanya.

 

Menurut Tun Mahathir lagi surat rasmi berhubung pengumum keluar parti akan diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam tempoh terdekat.

 

Pengumuman keluar dari parti Umno itu diambil kerana menyifatkan parti itu bukan lagi parti politik yang sebelum ini, tetapi mendakwa sebagai parti individu bagi melindungi Najib. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...