Akhirnya persoalan mengenai status bonus Tabung Haji 2015 terjawab. Nampaknya penantian kesemua pendeposit Tabung Haji berbaloi.
Ini kerana sebentar tadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan pembayaran deposit TH bagi tahun kewangan 2015 adalah sebanyak lima peratus dan tambahan Bonus Haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.
Anda boleh baca sepenuhnya petikan berita dari BH Online dibawah:
Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bonus tahunan pendeposit sebanyak lima peratus dan tambahan Bonus Haji sebanyak tiga peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan pembayaran deposit TH bagi tahun kewangan 2015 di sini, sebentar tadi.
Yang hadir sama Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail. Jamil Khir berkata, pembayaran kedua-dua bonus itu berjumlah RM3.236 bilion,
“Jumlah ini akan dimanfaatkan oleh hampir 8.85 juta akaun pendeposit TH yang aktif. Keuntungan bersih selepas zakat TH mencecah RM3.53 bilion berbanding RM2.98 bilion pada 2014 atau peningkatan sebanyak 19 peratus. Ia adalah pendapatan dan keuntungan tertinggi sejak 52 tahun TH beroperasi,” katanya.
Berdasarkan kepada agihan bonus Tabung Haji 2015 berkenaan, nampaknya masih ramai yang tidak berpuas hati dan meluahkan pelbagai pendapat mereka di media sosial.
Kenapa agaknya mereka masih mempertikaikan bonus yang diumumkan? Sekiranya anda ada info jom kita kongsi dan bincangkan dibawah…
Category: INFO SEMASA

#hiburan: Peniaga Berlesen Kecewa Peniaga Rambo ...

Menteri Besar Pahang: Kalau Abang Belon Nak Bernia ...

Syed Saddiq & Bella Astillah Pakai Baju Raya W ...

Diana Danielle Gembira Anak Beraya Di Kampung ...