ALOR SETAR: Pegawai Khas Menteri Besar Kedah mahu merayu kepada istana agar menangguhkan pelucutan jawatan Dato’ Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar.
“hari ini tuan-tuan dan puan-puan benteng terakhir kita adalah istana, kita nak mohon perkenan yang mulia tuanku, menangguhkan nak turun MB kedah.” katanya.
tambah beliau lagi, pihaknya akan menggunakan sesiapa sahaja yang mampu membantu mereka dalam mempertahankan jawatan MB Kedah termasuk menggunakan bantuan tuan Guru.
“Jadi siapa nak buat, yang ini la yang kita dok pikiaq kita akan buat satu pergerakan, kalau tak ada jalan lain lagi, jalan terakhir ialah istana.
“kita akan bawa kepada tok guru atau siapa-siapa yang boleh bercakap dan merafak sembah kepada duli yang maha mulia tuanku temenggung untuk mempertahankan MB Besar Kedah.” Ujarnya lagi.
terdahulu, sebahagian Exco Kedah melakukan undi tidak percaya terhadap Dato’ Seri Mukhriz dan mahu beliau dilucutkan Jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.