loading...

Undi TPP Di Dewan Rakyat Petang Ini

KUALA LUMPUR – Proses pengundian terhadap penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bakal dijalankan petang ini di Dewan Rakyat.

 

Sesi perbahasan bersambung hari ini sebelum pengundian dijalankan.

 

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee memaklumkan bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed akan menjawab persoalan TPP pada jam 2.30 petang ini.

 

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim mencadangkan agar persidangan hari ini diteruskan sehingga mencapai kata putus.

 

“Datuk Yang Dipertua, berdasarkan peraturan mesyuarat 12 (1), saya mohon mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini tidak ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan usul YB Menteri Miti seperti yang terdapat dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul hari ini.

 

“Dan selepas itu mesyuarat akan ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan,” katanya.

 

Mesyuarat khas yang diadakan dua hari bermula semalam untuk membahaskan tentang perjanjian TPP sebelum mencapai keputusan sama ada Malaysia menerima atau menolak perjanjian perdagangan bebas itu.-Sinar

Previous
Next Post »
loading...