ALOR SETAR – Beberapa EXCO kerajaan negeri mengakui krisis politik di Kedah bakal berakhir dalam masa terdekat.
Tanpa menjelaskan penyelesaian dimaksudkan itu, mereka positif kemelut yang sudah berlautan dua minggu itu bakal menemui titik noktah.
Mereka yang ditemui di Istana Anak Bukit di sini pagi tadi, memaklumkan kemelut itu dijangka diselesaikan melalui perjumpaan bersama Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, sebentar lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Nor Sabrina Mohd Nor, berkata isu membabitkan krisis
“Dah nak selesai dah… perjumpaan petang ini akan membincangkan mengenai perkara ini untuk mencari jalan penyelesaian… Insya-Allah,” katanya kepada pemberita.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah, pula meminta supaya tunggu dan lihat kerana ia bakal berakhir.
“Tunggu dan lihat… Insya-Allah nak selesai dalam masa terdekat ini,” katanya yang dijangka menyertai perjumpaan itu. – BHarian

Prasarana Sedia Enam Van Percuma Untuk Bantu Mangs ...

Polis Akan Panggil Syarikat Pembinaan Dikaitkan In ...

Qualcomm Perkenal Snapdragon 8s Gen 4 Cortex-x4, ...

Ada Sunting Sikit.. Song Jihyo Dedah Rahsia Di ...