KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam Ahad.
Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, Khairul
Annuar Abdul Aziz.
“Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter,” jelasnya.
Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.
Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60. – Bernama

Mat Sabu Anggap Isu Harga Telur Naik Selepas Subsi ...

Rutin Penjagaan Kulit Pagi & Malam Untuk Kulit ...

Kad Tng Hot Wheels Di Malaysia Autoshow 2025, Terh ...

Gwm Tank 500 Hev Bakal Lancar Di Malaysia Autoshow ...