Baru-baru ini telah tersebar mengenai gambar yang didakwa sebagai Iqram Dinzly dan juga Uqasha Senrose sedang bercuti di sebuah pulau di Thailand. Sementara itu, Iqram menyifatkan kontroversi itu satu ujian besar buat dirinya.
BACA: Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Bercuti Bersama Di Thailand?
“Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama. Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain”
“Saya bukan malaikat mahupun maksum kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga. Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan”
“Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin,” katanya kepada mStar Online. (rtky/s)

Gaji Permulaan Graduan Patutnya Cecah Rm7,000 Hin ...

Bateri Catl Tidak Terbakar, Tidak Meletup, Yang Pe ...

Sabah Dap Not Keen On Political Games, Says State ...

Jenazah Pendaki Malaysia Dibawa Keluar Dari Trek P ...