loading...

Gesaan Husam Tidak Berasas – Mohd Amar

KOTA BHARU – Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah enggan melayan gesaan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa supaya beliau melepaskan jawatan.

 

“Kita akan bawa usul ke Parlimen, gagal tidak gagal selepas itu, bukan tanggungjawab.

 

“Saya juga boleh tanya dia (Husam) balik, dia juga pernah gagal membabitkan beberapa perkara, kenapa tidak letak jawatan?,” soalnya.

 

Mohd Amar mengulas gesaan Husam yang menyarankan beliau bersama Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan dan bertanggungjawab kerana sehingga kini gagal membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen.

 

Selain itu, menjawab tuduhan Husam kononnya matlamat parti berkenaan untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai mainan politik, Mohd Amar menyifatkan ia juga adalah perkara yang tidak berasas.

 

Bidasnya, Husam sepatutnya sedar bahawa matlamat Pas untuk melaksanakan hukum hudud bukan mainan politik sebaliknya menjadi perjuangan parti itu sejak dahulu lagi.

 

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan Husam supaya berhenti daripada menjadi alat kepada DAP dengan mengeluarkan kenyataan bodoh dengan mempersoalkan perjuangan Pas.

 

“Saya nasihatkan Husam jangan jadi lidah DAP dengan memanjangkan apa yang dikatakan parti itu sebelum ini,” katanya.

 

Sementara itu, konsisten dengan pandangan pucuk pimpinan tertinggi Pas, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar memberitahu, perpecahan dalam pakatan pembangkang bukan disebabkan Pas sebaliknya berpunca daripada DAP.

 

Beliau berkata, sikap angkuh DAP selain mempunyai agenda politik sendiri adalah penyebab utama yang menyebabkan perpecahan gabungan tersebut.

 

“Tidak betul salahkan Pas, dan tidak adil juga salahkan agenda hudud kepada perpecahan ini.

 

Sekali lagi saya sebut, dakwaan tersebut tidak berasas dan bodoh,” tegasnya. – Sinar

Previous
Next Post »
loading...