KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan pekerja boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun.
Menurut kenyataan KWSP pada Khamis, pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas 2016 di laman sesawang www.kwsp.gov.my mulai 2 Februari 2016 dan ia perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada pejabat KWSP berhampiran.
Semasa membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya hari ini, Perdana
Sementara itu, caruman syer pekerja berumur 60 tahun ke atas pula dikurangkan kepada empat peratus daripada 5.5 peratus.
Penurunan kadar tersebut akan bermula pada gaji bulan Mac 2016 sehingga bulan Disember 2017.
Jadual baharu Kadar Caruman Bulanan boleh dimuat turun mulai 16 Februari 2016.
Menurut KWSP, tiada perubahan pada kadar caruman berkanun syer majikan. – mstar

#mas2025: Royal Enfied Bear 650 (2025) Lancar Di M ...

Pemilik Toyol Diminta Segera Bertaubat ...

Bola Sepak Tanah Air Terus Dirundung Malang, Sri P ...

#hiburan: Peguam Dedah Faisal Halim Kecewa Kes Sim ...