loading...

Liverpool Mara Final Piala Liga Inggeris

LIVERPOOL – Kelab Liverpool mara ke final Piala Liga Inggeris selepas menewaskan Stoke City di Anfield, di sini, sebentar tadi.

 

Skuad bimbingan Jurgen Klopp itu menang 6-5 menerusi sepakan penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sebaik perlawanan kedua berakhir.

 

Dalam aksi awal pagi tadi waktu Malaysia itu, Stoke berjaya mengatasi tuan rumah 1-0 menerusi jaringan Marko Arnautovic pada masa kecederaan babak pertama, menjadikan kedudukan 1-1 secara agregat.

 

Liverpool bakal bertemu sama ada Manchester City atau Everton pada aksi final di Wembley pada 28 Februari ini.

 

Kedua-dua pasukan itu akan berentap jam 3.45 pagi esok. Keputusan: Liverpool 0 Stoke City 1 (Arnautovic 45+1) Agregat 1-1, Liverpool mara selepas menang sepakan penentuan 6-5 – AFP

Previous
Next Post »
loading...