ALOR SETAR: Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md hanifah sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.
Pemilihan beliau telah mendapat suara majoriti ADUN Negeri Kedah setelah melakukan pertemuan dengan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah petang tadi.
Dalam pertemuan petang tadi, ADUN masih
mengekalkan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sepertimana pendirian yang telah mereka nyatakan kepada Datuk Seri Najib dalam satu perjumpaan tertutup semalam yang dihadiri oleh 19 orang ADUN.
Difahamkan, Dato’ Seri Mukhriz telah menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pagi tadi dipercayai berkisar tentang pertukaran jawatan Menteri Besar Kedah yang baru.

Penyewa Akui Trauma, Tidak Mahu Tinggal Di Putra H ...

Carro Sumbang 30 Kereta, Vincent Tan Hulur Rm3,000 ...

16 Teh Hijau Terbaik & Berkualiti Tinggi Di M ...

Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri ...