loading...

“Rezeki Saya Lebih Kepada Jualan Tudung Selepas Berhijab”

Sejak mengambil keputusan untuk mengenakan hijab baru-baru ini, pelakon kanak-kanak Mia Sara menjelaskan bahawa dia kurang menerima tawaran berlakon namun dalam masa yang sama sudah bersedia dengan perkara tersebut.

BACA: Mia Sara Bakal Tunai Umrah Disember Ini

“Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti. Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung,” jelasnya kepada mStar Online.

Apa yang menarik, seperti kebanyakan selebriti lain yang berhijab, Mia turut hadir dengan jenama tudung sendiri yang kini boleh dibeli secara online malah jualan tudung juga didakwa sangat menggalakkan.

“Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran”

“Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya. Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula,” katanya. (rtky/s)

6- Rezeki Saya Lebih Kepada Jualan Tudung Selepas Berhijab - ROTIKAYA 5- Rezeki Saya Lebih Kepada Jualan Tudung Selepas Berhijab - ROTIKAYA 4- Rezeki Saya Lebih Kepada Jualan Tudung Selepas Berhijab - ROTIKAYA 3- Rezeki Saya Lebih Kepada Jualan Tudung Selepas Berhijab - ROTIKAYA 2- Rezeki Saya Lebih Kepada Jualan Tudung Selepas Berhijab - ROTIKAYA 1- Rezeki Saya Lebih Kepada Jualan Tudung Selepas Berhijab - ROTIKAYA
Previous
Next Post »
loading...