KUALA PILAH – Seorang suri rumah mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan kemaluan suaminya di kediamannya di Batu Kikir, Jempol pada 20 Januari lalu di Mahkamah Seksyen di sini, hari ini.
Tertuduh, Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Sazlina Shafie selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan pertuduhan, Fatimah didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Umar Rahman, 44, dengan menggunakan sebilah pisau yang berkemungkinan boleh
Justeru itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
Hakim kemudian menetapkan 22 Februari ini bagi mendengar hukuman sementara menunggu laporan perubatan suami tertuduh.
Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nabilah Mohammad Zainudin.
Mahkamah juga menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 kepada tertuduh. – Sinar

#hiburan: Hebat! Dua Pelajar Wanita Malaysia Berja ...

Carro Sumbang 30 Kereta, Vincent Tan Hulur Rm3,000 ...

Dah Putus Ke? Tiada Gambar Bersama, Netizen Persoa ...

Chery Beri Bantuan Kereta Sementara Kepada Mangsa ...